Wednesday 10 December 2014

Kursus Pengantar Penulisan

 Alhamdulilah, dapat kita bersua lagi untuk penulisan blog seterusnya, Penulisan kali ini, penulis akan menceritakan tentang kursus pengantar penulisan. Kursus pengantar penulisan adalah subjek pilihan untuk bidang kursus yang penulis ambil,iaitu pengurusan pembangunan. Penulis diberi pilihan untuk mengambil kursus pengantar penulisan atau pengurusan bahasa melayu. Kursus penulisan menjadi pilihan penulis adalah kerana kursus ini tiada peperiksaan akhir dan hanya ada penulisan kerja kursus. Pengantar penulisan ini memberi kebaikan dari segi mengasah bakat menulis dalam diri pelajar.

  Seterusnya, kursus penulisan dapat mengajar tentang penulisan cara yang betul dalam membuat tugasan.  Cara membuat penulisan yang betul seperti sistem APA style dalam penulisan, mengenai bagaimana untuk menulis rujukan internet, buku dan jurnal dengan cara yang betul.

  Selain itu, dapat menjana dan mengeluarkan idea dengan lebih banyak dan kreatif. Kursus pengantar penulisan mengajar bagaimana untuk mendapatkan dan menjana idea kreatif dalam penulisan. Penjanaan idea dimaksudkan kebolehan seseorang individu menjana idea baru untuk membantu menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.

Penjanaan sesuatu idea tidak wujud dengan tersendirinya dan memerlukan daya usaha daripada individu itu sendiri untuk membentuk semula jadi atau terancang idea berkenaan. Cetusan idea dapat dibahagikan kepada dua iaitu, cetusan idea secara semula jadi dan terancang.

Dalam cetusan idea secara terancang adalah melalui, pemikiran logikal, pemikiran analitikal dan pemikiran kritikal. Cetusan idea secara semula jadi adalah imaginasi, bakat (anugerah dari Tuhan) dan pengalaman. Cetusan idea secara terancang pula adalah melalui pemerhatian, berfikiran boleh menggalakkan penjanaan idea. Idea terancang adalah melalui pemerhatian, berfikir untuk menggalakkan penjanaan idea.

 Di samping itu, dapat mempelajari jenis-jenis penulisan yang ada, antaranya adalah penulisan ilmiah,penulisan kreatif, penulisan popular, laporan, ulasan dan rencana. Setiap jenis penulisan tersebut dinyatakan ciri-ciri dan mudah untuk kita menulis jenis penulisan tersebut setelah mengetahui ciri-cirinya.

Akhir sekali, kursus pengantar penulisan mengajar tatabahasa yang betul dalam penulisan. Pembelajaran tersebut dipelajari dalam bab dua iaitu peraturan bahasa dan kepentingannya dalam penulisan. Bab dua menjelaskan penggunaan kata pemeri, ialah, adalah. Penggunaan kata sendi di, dalam, dari, daripada. Seterusnya penggunaan imbuhan iaitu mengenai ejaan kata terbitan dan rangkai kata. Di rangkai kata dapat mempelajari dan mengenal ejaan berasingan, ejaan rapat, ejaan bersempang ejaan rangkai kata dengan imbuhan dan ejaan rangkai kata yang digandakan
.

Penggunaan tanda baca yang betul juga dipelajari untuk menulis dengan betul dalam penulisan. Penggunaan tanda baca tanda koma (,), tanda koma bertitik (;), tanda pisah (_), tanda sempang (-), tanda titik bertindih (:). Pengantar penulisan juga mengajar mengenai kesalahan  umum tatabahasa dan bagaimana untuk mengelakkannya seperti kata sendi dari dan daripada, kata sendi ke dan kepada, akhiran/kan-/DAN/-i/ dan frasa hukum D-M. Semua itu dipelajari bagi menulis penulisan yang betul.

Oleh itu, kursus pengantar penulisan dapat mengilap bakat menulis dalam diri setiap pelajar yang mengambil kursus ini. Tugasan-tugasan yang diberikan dapat melatih untuk menjadi seorang penulis yang baik dengan sistem cara penulisan di Univesiti dengan betul dan aspek tatabahasa yang diikuti dengan betul dalam penulisan. Akhir kata, kursus  pengantar penulisan berjaya mengilap diri penulis sebagai seorang penulis yang mahir dalam menjana idea dan membantu dalam menulis tugasan dengan cara yang betul bukan untuk tugasan subjek ini sahaja malahan subjek lain yang menggunanakan sistem penulisan APA. 

Sekian terima kasih.




1 comment:

  1. How To Make Money On Sports Betting
    Online sports betting is available www.jtmhub.com for a งานออนไลน์ whole wooricasinos.info host of US and casino-roll.com European sports betting markets. Some 1xbet korean US states, like Louisiana and New Jersey, allow

    ReplyDelete