Thursday 4 December 2014

Gaya Penulisan APA

Apa itu gaya penulisan APA? Gaya penulisan APA adalah singkatan untuk American Psychologist Association Sistem. APA adalah satu set peraturan untuk merujuk dan memudahkan pemohonan pembaca dan menitikberatkan aspek penampilan penulisan seperti margin (1''), double spacing (ruang) dan jenis huruf. Gaya penulisan ini membolehkan penerbit dan pembaca untuk mengimbas maklumat penting yang ditulis.

 Penulisan APA telah menetapkan standard penulisan seperti organisasi kandungan (susun ikut kesesuaian), tajuk, subtajuk, gaya penulisan (penulisan perlu menggunakan fon yang sesuai iaitu bersaiz 12 untuk Times New Roman dan Arial) dan rujukan.

 Gaya penulisan rujukan daripada buku, laman sesawang, buku asal adalah penulis perlu menulis maklumat penulis/pengarang (nama penulis) tahun penerbitan, tajuk penulisan, tempat diterbitkan dan penerbit. Manakala untuk penulisan dari sesawang adalah penulis perlu menulis pengarang (tahun diterbitkan), nama buku (dicondongkan), lokasi penerbitan: nama penerbit. Tarikh melayari laman web tersebut, alamat sesawang yang dilayari. Contoh adalah seperti berikut:

Fingerman, E. R., & Smith, J. (1999). The great one. Chatham. New Jersey:Pipeline Publishers. Dimuat turun pada 8 Jun 2002, daripada http://www.kofk.com/finger. 

Rujukan dokumen tanpa pengarang: World development report (1989), New York: Oxford University press.

Menulis rujukan buku dengan hanya satu pengarang: Perloff, R, M. (1995). The dynamics of persuation. Hillsdale, NJ:Erlbaum.

Menulis rujukan buku  dengan dua orang penulis: Mohd Zuri Ghani & Aznan Chen Ahmad, (2010). Strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas. Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia.

contoh penulisan dalam makalah: Menurut Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2010), kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan tumpuan yang khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.... atau  Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan tumpuan yang khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2010).

*nama pengarang berbangsa melayu perlu ditulis penuh dengan membuang gelaran (dato, Dr, Bin, Binti)

Rujukan buku yang mengandungi tiga atau lebih daripada seorang penulis, penulis perlu peka bahawa menulis rujukan pertama untuk kali pertama di dalam makalah perlu menulis semua nama penulis yang terujuk, manakal untuk penulisan kali kedua dan seterusnya penulis hanya perlu menambah perkataan "et al, atau dll. " dan tidak perlu menulis kesemua nama yang tersenarai lagi. 

contoh penulisan dalam makalah: Kajian telah menunjukan bahawa murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus dalam mendidik mereka (Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, Suzana Ibrahim & Salizawati Omar, 2010) kali pertama. Kali kedua Mohd Zuri Ghani et al. (2010) dalam kajian mereka menunujukan bahawa...... atau Murid-murid berkeperluan khas memerlukan perhatian yang khusus apabila mendidik mereka (Mohd Zuri Ghani et al., 2010).

Penulisan dalam rujukan.

Tiga orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Azman Che Ahmad, & Suzana Ibrahim, (2010). Pengantar pendidikan khas, Kuala Lumpur:Ilmu Wawasan Printing

Menulis rujukan buku yang mempunyai lebih daripada enam pengarang  penulis perlu menggunakan perkataan et al atau dll selepas nama keenam.

Lebih enam orang penulis: Mohd Zuri Ghani, Azman Che Ahmad, Salizawati Omar, Suzana Ibrahim, Lim C.N., & Nadarajan Maniam, etal., (2010). Special education. Kuala Lumpur:Ilmu Wawasan Printing.

 Apabila menulis rujukan bagi pengarang berbangsa Melayu penulis perlu mangabaikan penggunaan "bin" dan "binti". Contoh Rohana Mahadzir (2010). Bagi pengarang yang berbangsa cina anda perlu menulis nama pertama  dahulu diikuti dengan nama singkatannya iaitu abjad pertama bagi nama seterusnya, Wong Chee Meng (2010) ditulis Wong, C,M. (2010). Apabila menulis rujukan bagi pengarang yang berbangsa Cina dan keluarganya dahulu diikuiti dengan  nama singkatan ikuti abjad pertama nama inggerisnya dan seterusnya diikuti oleh abjad pertama bagi nama seterusnya , contohnya Lawrence Yap Ah Chai (2010) cite as Yap, LA,C (2010). Rujukan bagi pengarang berbangsa India atau Sikh abaikan penggunaan 'd/o', 's/o', 'a/l' dan 'a/p'. Contohnya Nadarajan Muthusamy (2010).

Menulis rujukan bagi jurnal, penulis perlu menulis nama pengarang jurnal, tarikh/ tahun diterbitkan, tajuk makalah, nama jurnal (disendengkan/italics) edisi, volume (dicondongkan) nombor muka surat, DOI 

contoh: Smith, T,J., & Weyers, J. Derivativers and other securities :The Journal of economics, 8(2) 90-104. DOI:10,11771095797926511431511.

 Menulis rujukan yang dimuat turun secara dalam talian, penulis perlu menyatakan sebanyak mungkin maklumat asal bahawa yang dirujuk termasuk tarikh yang dimuat turun dan alamat UR. Cara penulisan adalah seperti berikut:


 Nama pengarang, singkatan abjad pertama nama seterusnya (tahun). Nama makalah, nama jurnal, volume (bil keluaran/nombor m/s (dimuat turun pada, tarikh) [dari] alamat laman sesawang
Hastalis,d. (2003, January). Effects of prozac. New England:Journal of medicine, 30. Dimuat turun pada 23 Ogos, 2004, dari http://ww.nej/pzac

 Oleh yang demikian sistem penulisan APA yang dipraktikkan oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia adalah gaya penulisan yang sistematik dan dapat menunjukan kematangan dalam membuat tugasan dan membuat rujukan. Diharap penulisan blog tentang penulisan gaya APA dapat dijadikan panduan dan penerangan yang lebih jelas  tentang gaya penulisan tersebut.


Sekian.

No comments:

Post a Comment