Monday 20 October 2014

Didikan Seorang Ibu Sebagai Suri Rumah Yang Berjaya Menghantar Anak-anaknya Ke Menara Gading

 Bejumpa kita kembali. Hari ini saya sebagai penulis blog Mata Pena Seorang Penulis ingin berkongsi mengenai seorang tokoh yang dipilih untuk tugasan berkumpulan Pengantar Penulisan. Tokoh yang dipilih adalah seorang suri rumah yang mempunyai tujuh orang anak, dimana lima daripadanya telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Pemilihan tokoh dibuat adalah kerana bagaimana beliau yang hanya sebagai seorang suri rumah berjaya mendidik anak-anaknya seramai tujuh orang itu sehingga berjaya. Tema yang diangkat adalah " Cara Didikan yang Terbaik untuk Mengajar Anak-anak ".

 Saya baru sahaja mewawancara tokoh, beliau merupakan jiran saya yang tinggal enam buah rumah jaraknya dari rumah saya. Beliau adalah Puan Khatijah binti Saad yang berasal dari Merlimau Melaka. Beliau dilahirkan pada 20 Februari 1957 dan berumur 57 tahun sekarang. Beliau memiliki tujuh orang cahaya mata bersama Encik Yusof bin Dol yang telah bersara sebagai seorang askar.



 Anak beliau pertama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mengambil jurusan Jurutera. Anak yang kedua pula belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan mikrobiologi. Ketiga pula di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan pendidikan.Keempat pula di UiTM Shah Alam dalam jurusan sains gunaan. Kelima di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam jurusan kimia industri. Dua orang anaknya masih bersekolah tetapi mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  dengan cemerlang dengan 6A dan 5A. Kesemua anak-anaknya dapat dilihat meniti ke menara gading dengan itu saya mencungkil bagaimana beliau memberi pendidikan dan cara beliau mengajar anak-anaknya.

 Saya bertanyakan apa yang mendorong untuk beliau mendidik anak-anak sehingga berjaya. Beliau menyatakan beliau tidak menggunakan cara paksaan hendak berkawan berkawan tetapi perlu ada masa untuk belajar. Beliau juga sendiri mengajar anak-anaknya seawal umur 4 tahun dengan mengenal suku kata dan memastikan anaknya boleh membaca sebelum memasuki sekolah tadika lagi. Saya juga bertanyakan mengapa menggunakan kaedah sedemikian beliau berkata dengan cara itu beliau mengajar anak-anaknya, cara beliau sendiri mendidik anak-anaknya.

 Akhir sekali pendapat dan pandangan beliau bagi ibu bapa sekarang dalam mendidik anak-anak. Beliau menyatakan kita sebagai ibu bapa jangan menggunakan cara paksaan tetapi dorongan kata-kata nasihat untuk mendapat masa depan yang cerah untuk diri mereka sendiri. Suami beliau juga menyatakan bahawa kata-kata semangat yang diberikan kepada anak-anaknya untuk terus belajarr. Oleh itu, mari kita jadikan Puan Khatijah sebagai contoh dalam mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.


Proses Pencarian Tokoh Untuk Tugasan Berkumpulan

 Tugasan berkumpulan diberikan seawal minggu ketiga. Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Noor Adibah, Fatin Nur Wahida dan Sabariah. Pencarian tokoh bagi kumpulan kami, dimulakan dengan mengambil pensyarah universiti sebagai tokoh untuk tugasan. Hal ini demikian kerana kami berasakan perlu mengambil tokoh di Universiti Utara Malaysia (UUM) sendiri dek kerana kekangan masa dan jarak rumah masing-masing yang jauh dan tidak sama negeri.

 Pada mulanya, kami ingin mengambil pensyarah Dr Shafie iaitu penyarah yang mengajar untuk kursus Pengurusan Pembangunan, tetapi perbincangan dibuat dahulu, iaitu kami bertanyakan kepada Dr Rohizah, iaitu penyarah Pengantar Penulisan kami mengenai tokoh yang diambil. Beliau menyatakan perlu ada keistimewaan tokoh yang hendak kami pilih berbanding orang lain, dari situ kami berasakan kami perlu mencari tokoh lain dalam tugasan berkumpulan.

 Seterusnya, sudah tiba minggu pembentangan. Pemilihan tokoh tidak dibuat lagi. Kami mengambil keputusan mengambil individu yang digunakan untuk tugasan subjek kokurikulum salah seorang ahli kumpulan kami dengan mengambil seorang peniaga kedai makan yang berjaya di kampung beliau.
Tokoh tersebut ialah Puan Rokiah pemilik Restoran Pohon Tanjung.

 Kami mengambil beliau sebagai tokoh kerana Puan Rokiah merupakan orang luar iaitu beliau berasal dari Myamar boleh menjadi seorang peniaga yang berjaya di negara orang. Setelah membuat pembentangan mengenai beliau terdapat masalah yang timbul, iaitu kami hanya menceritakan sejarah Restoran tersebut, sebab mengambil beliau sebagai tokoh dan latar belakang sedikit mengenai tokoh. Dr Rohizah memberi komen bahawa apa tema yang diambil dan kami ingin menceritakan apa mengenai tokoh sebenarnya. Kami menjawab persoalan beliau dengan mengatakan tema kegigihan diambil keran beliau dari orang luar tetapi berjaya membina perniagaan di negara orang. Pensyarah kami mengatakan perlu menceritakan kenapa beliau begitu gigih membina perniagaan dan perlu menceritakan kehidupan beliau di Myamar dan  mengapa beliau berpindah ke Malaysia. Setelah komen diberikan pada pembentangan kami, kami membuat perbincangan bahawa kami mesti menukar tokoh kerana beliau secara peribadi tidak mahu menceritakan kehidupan beliau di sana. Oleh itu, kami bersama-sama mengambil keputusan untuk menukar tokoh.

 Tokoh yang menjadi pilihan kami adalah merupakan ibu kepada tujuh orang anak dimana lima orang daripadanya berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. Soalan wawancara telah disediakan dan hanya menunggu masa untuk menemu ramah beliau. Harapnya tokoh yang dipilih kali ini merupakan tokoh terakhir untuk tugasan berkumpulan Pengantar Penulisan,

Thursday 16 October 2014

Autobiografi


 Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya pemilik blog mata pena seorang penulis ingin memperkenalkan diri. Nama diberi ialah Noor Adibah binti Azlan. Saya dilahirkan di Hospital Kem Terendak, Melaka pada 16 Februari 1994 pukul 3.50 pagi. Saya berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan abah dan ibu saya memang berasal dari Masjid Tanah iaitu Kampung Sri Tanjung. Saya gemar mendengar lagu yang bergenre pop rock, inggeris dan balada. Aktiviti di masa senggang pula saya gemar melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, bermain badminton dan senaman aerobik. Saya mengemari makanan bersup seperti bakso, soto dan kuetiau hailam. Minuman kegemaran pula adalah jus buah seperti epal, oren dan tembikai. Warna kegemaran saya adalah merah jambu, hitam, putih, hijau zamrud dan merah. Saya bercita-cita menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Pegawai Alam Sekitar. Saya adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar. Buktinya saya telah menyertai Persatuan Belia Perubahan Iklim yang memberikan cara bagaimana melindungi alam sekitar dengan cara menyebar kepada orang ramai tentang perubahan iklim, cara yang betul untuk melakukan bantahan terhadap sesuatu projek yang dijalankan di satu kawasan ekosistem yang lengkap. Saya juga gemar melakukan aktiviti kebajikan kepada masyarakat kerana saya berasakan saya dapat mengembirakan orang yang tidak bernasib baik dan gembira melakukan aktiviti tersebut.
  Gambar dia atas adalah sebahagian daripada ahli Persatuan Belia Perubahan Iklim. Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak ketiga. Saya mempunyai dua orang abang, seorang adik lelaki dan perempuan, saya merupakan sulung perempuan. Setiap minggu kami akan keluar makan bersama-sama bagi memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa erat dan terjalin mesra. Ayah saya pada asalnya adalah seorang Pegawai Tentera, oleh disebabkan tidak dapat diserap ayah saya menjawat jawatan dalam sektor swasta sebagai Penyelia Kenderaan di Syarikat Radicare. Ibu saya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Abang-abang saya pula masing-masing sudah berkerjaya dan dua orang adik bawah saya masih bersekolah dan belajar.


 Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim. Seterusnya mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin. Alhamdulilah dengan izinNya saya berjaya menjejakan kaki ke universiti dan kata kuncinya untuk masuk ke universiti adalah dengan usaha. Setelah berusaha kita serahkan semua kepada Allah dan jika ada rezeki kita, tidak kemana. Saya berharap saya dapat membanggakan mak ayah saya dan ingin berbakti kepada mereka setelah berjaya kelak. Salam iklas dari saya.