“CINTA AKAN TANAH AIR”
Hari ini genap 57 tahun Malaya (Semenanjung
Malaysia) mencapai kemerdekaan
Bagi yang masih belum faham, Malaysia masih belum terbentuk pada 31 Ogos 1957. Jadi tidak bolehlah kita kata Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57 kerana ianya ditubuhkan pada 16 September 1963. Sepanjang bulan Ogos ini, memang boleh diperhatikan di sekitar Lembah Klang tidak ramai yang memasang Jalur Gemilang di rumah atau kenderaan mereka. Begitu juga di bangunan-bangunan baik yang dimiliki kerajaan mahupun swasta.Ini mendorong Menteri Komunikasi dan Multimedia melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan. Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara. Jika kibaran bendera dijadikan ukuran utama semangat patriotisme rakyat, samalah seperti kita menilai sebuah buku melalui kulitnya semata-mata. Atau mengukur kesedapan pisang melalui kulitnya. Sebenarnya, patriotisme rakyat Malaysia kini berada pada tahap tertinggi pada ketika ini. Janganlah terlalu mementingkan kulit berbanding isi. Patriotisme bendera tidak membawa kita kemana-mana.
Bagi yang masih belum faham, Malaysia masih belum terbentuk pada 31 Ogos 1957. Jadi tidak bolehlah kita kata Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-57 kerana ianya ditubuhkan pada 16 September 1963. Sepanjang bulan Ogos ini, memang boleh diperhatikan di sekitar Lembah Klang tidak ramai yang memasang Jalur Gemilang di rumah atau kenderaan mereka. Begitu juga di bangunan-bangunan baik yang dimiliki kerajaan mahupun swasta.Ini mendorong Menteri Komunikasi dan Multimedia melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan. Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara. Jika kibaran bendera dijadikan ukuran utama semangat patriotisme rakyat, samalah seperti kita menilai sebuah buku melalui kulitnya semata-mata. Atau mengukur kesedapan pisang melalui kulitnya. Sebenarnya, patriotisme rakyat Malaysia kini berada pada tahap tertinggi pada ketika ini. Janganlah terlalu mementingkan kulit berbanding isi. Patriotisme bendera tidak membawa kita kemana-mana.
Apa sebenarnya pengertian Cinta Akan Tanah Air
itu?. Perasaan cinta sebenarnya mengandung unsur kasih dan sayang terhadap
sesuatu. Kemudian, dalam diri akan tumbuh suatu kemahuan untuk merawat,
memelihara dan melindungi dari segala ancaman bahaya yang mengancam. Cinta akan
tanah air bermaksud rela berkorban untuk tanah air dan membela dari segala
ancaman dan gangguan yang datang (Rahamad, 2014). Para pahlawan telah membuktikan
cintanya kepada tanah airnya iaitu tanah air Malaysia. Mereka berani
mengorbangkan nyawanya demi membela tanah air Malaysia. Cinta tanah air adalah
perasaan yang timbul dari dalam hati sanubari seorang warga Negara, untuk
mengabdi, memelihara, membela, melindungi tanah airnya dari segala ancaman dan
gangguan. Setiap kali
menjelang bulan Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa
memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui
semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa
yang bersatu padu. Matlamat dan wawasan dalam membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada
penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu.
Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan
akan terus dapat didaulatkan. Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema
penting bagi mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini
mencapai kemerdekaan hampir 57 tahun yang lalu. Dalam masa sama Malaysia menghadapi
pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi,
neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi,
pembinaan negara bangsa dan sebagainya.
Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita
bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di
negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan
kita kepada negara yang kita cintai. Setiap rakyat yang cintakan negaranya
pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 57 tahun
lalu. Demi untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui
pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan
kemerdekaan negara.
Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan dalam sesebuah negara.
Di samping itu, patriotisme juga memerlukan
komitmen yang tinggi dalam seseorang pemimpin dan semua golongan rakyat dengan
mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara
daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.
Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui
sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting.
Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam
konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga adalah
perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat
yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan
tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.
Selain itu, nilai patriotisme yang patut
diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian,
rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan
bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan
negara. Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan
manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan
diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi (Taib, 2004).
Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan
negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik
dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan
ke arah itu. Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-57 dan Hari
Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati
setiap rakyat negara ini.
Ini mencerminkan
jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada
golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat
cintakan negara. Sebagai seorang pelajar ataupun seorang rakyat di Malaysia,
pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat
cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun
Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan
lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada
setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara. Hal ini akan
melambangkan personaliti seseorang rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air.
Sebagai contohnya, Pendeta Za'ba ialah seorang
pejuang kemerdekaan yang telah berjuang demi memimpin orang Melayu pada
zamannya. Beliau menyatakan: “Saya telah diminta untuk memimpin orang Melayu
pada ketika itu, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin
menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa
sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu”. Sebenarnya, pembinaan bangsa dengan semangat patriotisme mestilah
bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan yang menjadi silibus di setiap sekolah dapat
dijelaskan menerusi aspek pendidikan yang memberikan ilmu ke arah semangat
cintakan negara. Remaja adalah aset terpenting negara.
Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta
akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa (Mansor, 2012).
Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana
sejarah semata-mata. Hal ini demikian kerana, boleh dilakukan melalui mata
pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara. Bukan
itu sahaja, semangat cinta akan tanah air dapat dilahirkan semasa kita berjuang
demi menegakkan keamanan dan kemurniaan di sesebuah negara yang kita
taklukinya. Pemupukan jati diri kepada rakyat mestilah bermula daripada rasa
cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti
dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme
kepada rakyat mestilah melalui kesedaran dan ilmu dengan menerapkan kesedaran
patriotisme melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme
juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara
merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara
bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui
bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan
di sekolah. Sebagai contohnya, kita dapat menerokai erti cinta akan tanah air
menerusi sebuah sajak iaitu:
Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan
Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Agak menyedihkan kerana kebanyakkan anak muda sekarang tidak
pernah merasai kesusahan zaman penjajahan, mereka tidak pula didedahkan dengan
aktiviti untuk memupuk perasaan cintakan akan tanah air (Abdullah, 2003) . Kita boleh imbas
kembali perjuangan pada zaman penjajahan seperti Tragedi Bukit Kepong, Tragedi
Pemikiran Manusia dan lain-lain. Ini dapat digambarkan dengan pemikiran seorang
rakyat yang cinta akan tanah air. Oleh sebab mereka tidak pernah merasainya,
rasa cinta akan tanah air seolah-olah tidak penting dalam diari hidup mereka.
Sebagai contohnya, dalam mata pelajaran Sejarah, murid-murid sama ada di
sekolah rendah atau menengah harus diajar pelbagai perkara tentang sejarah
tanah air, susah-payah pejuang kemerdekaan, kesukaran penduduk ditindas
penjajah, bagaimana kita memperoleh kemerdekaan dan pelbagai perkara lagi.
Mereka dapat megenali tokoh-tokoh perjuang semasa zaman penjajahan seperti
Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Dol Said dan Mat Kilau. Mereka telah berjasa
dan berbakti akan negara pada zaman penjajahan.
Tidak dinafikan bahawa sekolah mampu memainkan peranan untuk
menanam rasa cinta akan tanah air dalam kalangan generasi muda. Selain subjek
Sejarah, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan boleh
mendekatkan diri dan jiwa murid sekolah dengan rasa cinta akan tanah air.
Mereka akan menghayati dan memahami sukarnya pejuang-pejuang terdahulu
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah iaitu British, Belanda, Jepun
dan sebagainya. Selain mendeklamasi sajak, pengkisahan tokoh sejarah,
pementasan drama pendek dan melukis potret tokoh sejarah, pihak sekolah boleh
mengadakan pertandingan menulis puisi, cerpen dan drama pendek yang bertemakan
cintakan tanah air.
Dengan cara ini, murid-murid akan membuat rujukan, dan
mempelajari sejarah dengan lebih mendalam yang setidak-tidaknya akan berbekas
dalam jiwa mereka. Sejarah tanah air dapat menanam rasa setia generasi muda
terhadap tanah air, malah mereka akan mengenali tokoh-tokoh pejuang bangsa dan
negara yang membolehkan kemerdekaan dicapai dan mengisinya pula dengan kejayaan
dalam pelbagai bidang. Anak-anak muda yang diasuh dan dibiasakan dengan sejarah
tanah air tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir asing yang cuba menggugat
keamanan dan mencemarkan kesucian Perlembagaan. Sikap cinta akan tanah air perlu ditanamkan sejak usia
kecil, agar menjadi generasi pembela
bangsa dapat mewujudkan sikap dan tingkah laku yang bermanfaat bagi kepentingan
masyarakat dan menghindari penyimpangan-penyimpangan sosial yang dapat merusak
norma-norma dan nilai-nilai kebudayaan (Abdullah, 2003) . Perwujudan rasa
persatuan dan cinta akan tanah air harus kita laksanakan di lingkungan
keluarga, sekolah, tempat tinggal kita, bahkan di manapun kita berada. Semangat
persatuan dan kesatuan dalam bermasyarakat harus dijaga guna mempererat tali
persaudaraan, saling melindungi, perdamaian dan kenyamanan pun akan terjaga.