Tugasan berkumpulan diberikan seawal minggu ketiga. Ahli kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu saya, Noor Adibah, Fatin Nur Wahida dan Sabariah. Pencarian tokoh bagi kumpulan kami, dimulakan dengan mengambil pensyarah universiti sebagai tokoh untuk tugasan. Hal ini demikian kerana kami berasakan perlu mengambil tokoh di Universiti Utara Malaysia (UUM) sendiri dek kerana kekangan masa dan jarak rumah masing-masing yang jauh dan tidak sama negeri.
Pada mulanya, kami ingin mengambil pensyarah Dr Shafie iaitu penyarah yang mengajar untuk kursus Pengurusan Pembangunan, tetapi perbincangan dibuat dahulu, iaitu kami bertanyakan kepada Dr Rohizah, iaitu penyarah Pengantar Penulisan kami mengenai tokoh yang diambil. Beliau menyatakan perlu ada keistimewaan tokoh yang hendak kami pilih berbanding orang lain, dari situ kami berasakan kami perlu mencari tokoh lain dalam tugasan berkumpulan.
Seterusnya, sudah tiba minggu pembentangan. Pemilihan tokoh tidak dibuat lagi. Kami mengambil keputusan mengambil individu yang digunakan untuk tugasan subjek kokurikulum salah seorang ahli kumpulan kami dengan mengambil seorang peniaga kedai makan yang berjaya di kampung beliau.
Tokoh tersebut ialah Puan Rokiah pemilik Restoran Pohon Tanjung.
Kami mengambil beliau sebagai tokoh kerana Puan Rokiah merupakan orang luar iaitu beliau berasal dari Myamar boleh menjadi seorang peniaga yang berjaya di negara orang. Setelah membuat pembentangan mengenai beliau terdapat masalah yang timbul, iaitu kami hanya menceritakan sejarah Restoran tersebut, sebab mengambil beliau sebagai tokoh dan latar belakang sedikit mengenai tokoh. Dr Rohizah memberi komen bahawa apa tema yang diambil dan kami ingin menceritakan apa mengenai tokoh sebenarnya. Kami menjawab persoalan beliau dengan mengatakan tema kegigihan diambil keran beliau dari orang luar tetapi berjaya membina perniagaan di negara orang. Pensyarah kami mengatakan perlu menceritakan kenapa beliau begitu gigih membina perniagaan dan perlu menceritakan kehidupan beliau di Myamar dan mengapa beliau berpindah ke Malaysia. Setelah komen diberikan pada pembentangan kami, kami membuat perbincangan bahawa kami mesti menukar tokoh kerana beliau secara peribadi tidak mahu menceritakan kehidupan beliau di sana. Oleh itu, kami bersama-sama mengambil keputusan untuk menukar tokoh.
Tokoh yang menjadi pilihan kami adalah merupakan ibu kepada tujuh orang anak dimana lima orang daripadanya berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. Soalan wawancara telah disediakan dan hanya menunggu masa untuk menemu ramah beliau. Harapnya tokoh yang dipilih kali ini merupakan tokoh terakhir untuk tugasan berkumpulan Pengantar Penulisan,
No comments:
Post a Comment