Bejumpa kita kembali. Hari ini saya sebagai penulis blog Mata Pena Seorang Penulis ingin berkongsi mengenai seorang tokoh yang dipilih untuk tugasan berkumpulan Pengantar Penulisan. Tokoh yang dipilih adalah seorang suri rumah yang mempunyai tujuh orang anak, dimana lima daripadanya telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Pemilihan tokoh dibuat adalah kerana bagaimana beliau yang hanya sebagai seorang suri rumah berjaya mendidik anak-anaknya seramai tujuh orang itu sehingga berjaya. Tema yang diangkat adalah " Cara Didikan yang Terbaik untuk Mengajar Anak-anak ".
Saya baru sahaja mewawancara tokoh, beliau merupakan jiran saya yang tinggal enam buah rumah jaraknya dari rumah saya. Beliau adalah Puan Khatijah binti Saad yang berasal dari Merlimau Melaka. Beliau dilahirkan pada 20 Februari 1957 dan berumur 57 tahun sekarang. Beliau memiliki tujuh orang cahaya mata bersama Encik Yusof bin Dol yang telah bersara sebagai seorang askar.
Anak beliau pertama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang mengambil jurusan Jurutera. Anak yang kedua pula belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan mikrobiologi. Ketiga pula di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan pendidikan.Keempat pula di UiTM Shah Alam dalam jurusan sains gunaan. Kelima di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam jurusan kimia industri. Dua orang anaknya masih bersekolah tetapi mencatatkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan cemerlang dengan 6A dan 5A. Kesemua anak-anaknya dapat dilihat meniti ke menara gading dengan itu saya mencungkil bagaimana beliau memberi pendidikan dan cara beliau mengajar anak-anaknya.
Saya bertanyakan apa yang mendorong untuk beliau mendidik anak-anak sehingga berjaya. Beliau menyatakan beliau tidak menggunakan cara paksaan hendak berkawan berkawan tetapi perlu ada masa untuk belajar. Beliau juga sendiri mengajar anak-anaknya seawal umur 4 tahun dengan mengenal suku kata dan memastikan anaknya boleh membaca sebelum memasuki sekolah tadika lagi. Saya juga bertanyakan mengapa menggunakan kaedah sedemikian beliau berkata dengan cara itu beliau mengajar anak-anaknya, cara beliau sendiri mendidik anak-anaknya.
Akhir sekali pendapat dan pandangan beliau bagi ibu bapa sekarang dalam mendidik anak-anak. Beliau menyatakan kita sebagai ibu bapa jangan menggunakan cara paksaan tetapi dorongan kata-kata nasihat untuk mendapat masa depan yang cerah untuk diri mereka sendiri. Suami beliau juga menyatakan bahawa kata-kata semangat yang diberikan kepada anak-anaknya untuk terus belajarr. Oleh itu, mari kita jadikan Puan Khatijah sebagai contoh dalam mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.
No comments:
Post a Comment