Thursday, 16 October 2014

Autobiografi


 Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya pemilik blog mata pena seorang penulis ingin memperkenalkan diri. Nama diberi ialah Noor Adibah binti Azlan. Saya dilahirkan di Hospital Kem Terendak, Melaka pada 16 Februari 1994 pukul 3.50 pagi. Saya berasal dari Masjid Tanah, Melaka dan abah dan ibu saya memang berasal dari Masjid Tanah iaitu Kampung Sri Tanjung. Saya gemar mendengar lagu yang bergenre pop rock, inggeris dan balada. Aktiviti di masa senggang pula saya gemar melakukan aktiviti fizikal seperti berjoging, bermain badminton dan senaman aerobik. Saya mengemari makanan bersup seperti bakso, soto dan kuetiau hailam. Minuman kegemaran pula adalah jus buah seperti epal, oren dan tembikai. Warna kegemaran saya adalah merah jambu, hitam, putih, hijau zamrud dan merah. Saya bercita-cita menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Pegawai Alam Sekitar. Saya adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar. Buktinya saya telah menyertai Persatuan Belia Perubahan Iklim yang memberikan cara bagaimana melindungi alam sekitar dengan cara menyebar kepada orang ramai tentang perubahan iklim, cara yang betul untuk melakukan bantahan terhadap sesuatu projek yang dijalankan di satu kawasan ekosistem yang lengkap. Saya juga gemar melakukan aktiviti kebajikan kepada masyarakat kerana saya berasakan saya dapat mengembirakan orang yang tidak bernasib baik dan gembira melakukan aktiviti tersebut.
  Gambar dia atas adalah sebahagian daripada ahli Persatuan Belia Perubahan Iklim. Saya mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak ketiga. Saya mempunyai dua orang abang, seorang adik lelaki dan perempuan, saya merupakan sulung perempuan. Setiap minggu kami akan keluar makan bersama-sama bagi memastikan hubungan kekeluargaan sentiasa erat dan terjalin mesra. Ayah saya pada asalnya adalah seorang Pegawai Tentera, oleh disebabkan tidak dapat diserap ayah saya menjawat jawatan dalam sektor swasta sebagai Penyelia Kenderaan di Syarikat Radicare. Ibu saya pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Abang-abang saya pula masing-masing sudah berkerjaya dan dua orang adik bawah saya masih bersekolah dan belajar.


 Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim. Seterusnya mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) , Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin. Alhamdulilah dengan izinNya saya berjaya menjejakan kaki ke universiti dan kata kuncinya untuk masuk ke universiti adalah dengan usaha. Setelah berusaha kita serahkan semua kepada Allah dan jika ada rezeki kita, tidak kemana. Saya berharap saya dapat membanggakan mak ayah saya dan ingin berbakti kepada mereka setelah berjaya kelak. Salam iklas dari saya.


No comments:

Post a Comment